{VIDEO} “Ramai masih tak sedar…” Netizen anggap ‘letupan’ di KL Fashion Show teguran dariNYA

“Ramai masih tak sedar…” Netizen anggap ‘letupan’ di KL Fashion Show teguran dariNYA.  Semalam, pusat beli-belah Pavillion digemparkan dengan insiden letupan kecil sehingga menyebabkan sebahagian pengunjung panik dan gusar.

Menerusi sumber Harian Metro, bagaimanapun jurucakap dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata pihaknya tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan.

“Kami sudah menghubungi pihak pengurusan bangunan pusat beli-belah itu dan dimaklumkan bahawa kejadian letupan itu membabitkan pendawaian dipercayai akibat litar pintas.”

Di kesempatan itu, pengunjung yang berada di tempat kejadian juga ada berkongsi beberapa video menyaksikan keadaan Pavillion ketika itu yang dipenuhi asap.

Adapun begitu, siapa sangka ramai beranggapan bahawa insiden tersebut merupakan satu bentuk teguran daripada Allah untuk orang ramai.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*