{VIDEO} “Rakyat didahulukan…” Agong beri laluan kepada ambulans

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mendahulukan rakyat yang berada dalam kecemasan dengan memberikan laluan kepada sebuah ambulans di Pekan, Pahang, petang ini.

Menerusi perkongsian video berdurasi 11 saat di laman Facebook Istana Negara, Sultan Abdullah ketika itu sedang memandu dilihat memberikan laluan kepada ambulans membunyikan siren kecemasan.

Menurut catatan di laman itu, Seri Paduka dalam perjalanan berangkat ke Istana Abdulaziz di Kuantan dari Pekan, apabila ambulans membawa pesakit memerlukan rawatan segera itu berada di belakang kenderaan mengiringi baginda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*