{VIDEO} Rakaman wanita teriak dari dalam kereta undang 1,001 persoalan

Rakaman wanita teriak dari dalam kereta undang 1,001 persoalan

Tular satu rakaman memaparkan seorang wanita dipaksa masuk ke dalam sebuah kereta oleh beberapa individu sambil berteriak meminta tolong.

Kejadian itu difahamkan berlaku di Simpang Haru, Kecamatan Padang Timur, Kota Padang, Indonesia sekitar pukul 12.30 tengah hari baru-baru ini.

Meskipun motif sebenar masih belum diketahui, namun menerusi video berdurasi 12 saat yang dikongsikan di media sosial pada Khamis itu, jelas kelihatan kaki wanita terbabit meronta-ronta seolah-olah ingin melepaskan dirinya.

Malah, seorang individu di bahagian penumpang belakang dilihat menarik kaki wanita itu masuk ke dalam secara paksa.

Sementara itu, seorang lagi lelaki yang duduk di bahagian penumpang hadapan bertindak segera menutup pintu kiri belakang sejurus kaki wanita itu dimasukkan sepenuhnya ke dalam kenderaan tersebut.

Kereta tersebut dilihat beredar meninggalkan lokasi terbabit tidak lama kemudian.

Bagaimanapun yang menjadi persoalan, walaupun insiden itu berlaku di jalan raya yang sibuk, tidak ada seorang pun orang awam di situ yang bergegas ke arah kereta untuk membantu wanita berkenaan.

Atau mungkin setidak-tidaknya cuba untuk mengetahui motif sebenar kejadian mengejutkan itu.

Lebih mengecewakan, individu yang merakam juga hanya merekod insiden tersebut dari dalam keretanya tanpa berbuat apa-apa.

Punca sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan dan setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan pihak berkuasa daerah berkenaan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*