SUSULAN daripada bantahan besar-besaran menentang kerajaan, Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina telah meninggalkan negara tersebut dalam keadaan tergesa-gesa.
Memetik laporan media antarabangsa, Hasina yang meletakkan jawatan diberi masa 45 minit oleh tentera untuk meninggalkan negara itu.
Turut tular beberapa video yang dirakam oleh orang awam memaparkan Hasina bersama beberapa anggota keluarganya meninggalkan negara tersebut menggunakan helikopter milik tentera.
Hasina berlepas dengan pesawat Tentera Udara Bangladesh sebelum mendarat di pangkalan Tentera Udara India di Ghaziabad, berhampiran New Delhi, India.
India Today turut melaporkan, pada mulanya Hasina mahu menyiarkan mesej kepada rakyat negara itu sebelum meninggalkan Bangladesh, tetapi dihalang tentera.
Menurut sumber, terdapat dua puak tentera Bangladesh, satu memihak kepada Hasina, manakala satu lagi pihak terdiri daripada pegawai rendah dan sekitar 60 pegawai bersara, menentangnya.
Perdana Menteri Bangladesh melarikan diri ke India dengan menaiki helikopter tentera. pic.twitter.com/beyCtEhb0K
— MYNEWSHUB (@mynewshub) August 6, 2024
Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara tentera diadakan kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin dan pihak tentera memberitahu Hasina bahawa mereka tidak akan menghalang protes yang akan dilakukan pelajar pada Isnin.
Sementara itu, memetik laporan Deccan Herald, Hasiana berkemungkinan akan terbang ke Finland atau London untuk memohon suaka politik dari United Kingdom (UK) dalam masa terdekat.
Hasina yang dikenali sebagai ‘Iron Lady’ selepas 16 tahun menerajui pentadbiran Bangladesh terpaksa meletak jawatan dan melarikan diri apabila demonstrasi antikerajaan mencapai kemuncaknya.
Turut baca :
Leave a Reply