{VIDEO} “Puas hati tengok…” Cubaan lari ‘roadblock’ makan diri , lelaki ‘teruk’ dipijak depan polis

“Puas hati tengok…” Cubaan lari ‘roadblock’ makan diri , lelaki ‘teruk’ dipijak depan polis.  Cubaan seorang penunggang motosikal ingin meloloskan diri daripada sekatan jalan raya bertemu kegagalan.

Bukan itu sahaja, tindakannya juga seolah-olah menggali kubur sendiri apabila dia teruk dibelasah seorang pemuda yang berada tidak jauh dari kawasan operasi.

Menerusi perkongsian di Facebook, kelihatan aksi penunggang motosikal itu berjaya melarikan diri daripada menjadi tahanan anggota polis.

Namun begitu, dia yang ketika itu dari bahu jalan dan ingin ke meneruskan perjalanannya terjatuh apabila seorang lelaki menarik berjaya menarik baju pemboncengnya.

Menurut sumber, sewaktu ingin melarikan diri, penunggang motosikal tersebut hampir sahaja merempuh isteri dan isteri kepada lelaki tadi yang ketika itu berada di warung berhampiran.

Disebabkan itu, tidak semena-mena dia teruk dipijak dan dibelasah di hadapan orang ramai, tetapi berjaya dileraikan oleh pihak polis yang kebetulan berada di situ.

Ramai berpuas hati melihat nasib penunggang motosikal itu yang sememangnya tidak begitu baik.

Sudahlah lari daripada sekatan jalan, kemudian hampir langgar orang awam pula tu.

 "Puas hati tengok..." Cubaan lari 'roadblock' makan diri , lelaki 'teruk' dipijak depan polis

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*