{VIDEO} “Puas hati saya…” ‘Dia suka berleter & pukul saya, jadi saya potong kepalanya’

Seorang pekerja di depot air isi semula telah ditahan polis selepas dipercayai bersalah kerana membunuh majikannya ketika sedang tidur dengan kejam.

Suspek, Muhamad Husen yang baru sahaja bekerja mengakui bahawa dia tidak menyesal mencacatkan mayat badan majikannya.

Saya tidak menyesal kerana dendam saya sudah dilakukan.

Kejadian yang berlaku di Semarang, Indonesia itu menyaksikan suspek membunuh mangsa dengan kejam iaitu dia bertindak mencacatkan mayat mangsa dengan menusuk kedua-dua belah pipi mangsa dengan tuli besi sehingga tembus ke mulut hingga ke kepala. Suspek berusia 28 tahun itu juga memotong kepala dan tangan mangsa.

Dia sering berleter dekat saya, maka saya potong kepala bukan mulut.

Tangannya saya potong kerana dia sering gunakan untuk pukul saya. Saya merasa sakit hati kerana saya sering dipukul kerana setiap kesalahan kecil pasti dia angkat tangan.

Dia yang hanya tersenyum dengan tanpa ada rasa bersalah atau takut itu juga telah mengambil wang dan motor mangsa sejurus selepas membunuh.

Ketua Polis Semarang, Irwan Anwar menjelaskan bahawa polis telah memberkas suspek di tempat persembunyiannya dengan menembak kaki kanan suspek. Polis mendakwa suspek dengan Perkara 340 Kanun Jenayah atas pembunuhan terancang, yang membawa hukuman penjara 20 tahun.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*