Video promosi program kementerian terima kritikan ‘panas’ wargamaya

Video promosi program kementerian terima kritikan ‘panas’ wargamaya.  Belum pun berlangsung, program yang bakal dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat (KPKWM) menerima kritikan hebat dari wargamaya.

Dalam paparan yang dimuat naik semula oleh @PoliticoMy menyaksikan video kolaborasi Rosyam Nor dan Datuk Seri Rina Harun dalam mempromosikan program anjuran organisasi itu.

Namun, apa yang menjadi pertikaian bilamana melihat gelagat pelakon veteran itu yang agak kasar, ditambah pula dengan penggunaan bahasanya yang tidak sesuai ketika mempromosikan program rasmi sedemikian.

“Program dengan Datuk dengan kementerian yang belakang ni, korang baca sendirilah.”

“Korang tunggu aku, aku nak belasah korang, baru bangkit…”

Susulan isu tular, kini nama mereka hangat menjadi bualan dan rata-ratanya akui tak habis fikir dengan cara menteri wanita itu yang sepatutnya lebih berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu di media sosial.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mendakwa bahawa cara penyampaian Rosyam Nor dilihat sepertinya telah merendah-rendahkan kan martabat wanita

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*