{VIDEO} “Potong lorong kecemasan…” Pemandu undang padah, tak sedar abam trafik ‘skodeng’ di semak

Semalam, lebuh raya pastinya sesak disebabkan orang ramai pulang semula ke bandar selepas bercuti sempena hari raya Aidiladha.

Disebabkan kesesakkan itu, ramai yang hilang sabar sekaligus mengambil jalan pintas untuk segera tiba ke destinasi masing-masing.

Susulan itu, tular akan sebuah video yang memaparkan kereta jenama Honda Civic melalui lorong kecemasan berikutan lebuh raya sesak ketika itu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Izz4hzahidah_ dapat dilihat kereta tersebut bergerak laju di lorong kecemasan.

Rata-rata warganet terhibur melihat momen tersebut. Malah, mereka turut berseloroh bahawa abang trafik itu seolah main menyorok-nyorok dengan pengguna jalan raya.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*