{VIDEO} “Politik mana ada dalam Islam” – Mak Cik mengaku tak pernah mengundi jadi bualan ramai

“Politik mana ada dalam Islam” – Mak Cik mengaku tak pernah mengundi jadi bualan ramai.

Seperti yang diketahui umum Pilihan Raya Negeri (PRN 2023) bakal berlangsung pada 12 Ogos di enam negeri dalam Malaysia

Antara negeri yang terlibat dalam PRN 2023 adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, sudah tentu kita harus menjalankan tugas untuk memilih pemimpin di negeri dan juga negara tercinta.

Namun, tular pula sebuah video baru-baru ini di media sosial yang memaparkan tindakan seorang wanita mengkritik calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Norwani Ahmat mengenai hal berkaitan politik dan Islam.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

 

Akui tak pernah mengundi dan tak akan sokong mana-mana parti

Menerusi rakaman berdurasi 1 minit 46 saat itu, kelihatan Norwani Ahmat iaitu calon DUN yang mewakili parti Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan itu dipercayai sedang berkempen dengan beramah mesra bersama penduduk setempat sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos hari ini.

Walau bagaimanapun, dia sebaliknya menerima kritikan dan teguran ketika berjumpa dengan seorang wanita warga emas yang juga penduduk di kawasan tersebut.

Mak cik itu yang kelihatan tegas berkata, pemakaian seseorang itu belum tentu dapat mengubah negara ini agar dipimpin oleh pemimpin Islam yang sebenar. Dia juga mengaku tidak pernah keluar mengundi sebelum ini.

“Walaupun pakai serban sebesar rumah sekalipun, tetap dia tidak mampu menukar Tanah Melayu kita menjadi sebuah negara yang dipimpin pemimpin benar-benar Islam sebenar. Adakah dia dapat tukarkan mata wang menjadi mata wang yang sebenar, mana yang kata Islam nak berjuang,” katanya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 2.7M views, 85.2K likes dan 14.2K shares di laman TikTok.

{VIDEO} "Politik mana ada dalam Islam" - Mak Cik mengaku tak pernah mengundi jadi bualan ramai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*