{VIDEO} Polis cari penunggang mikromobiliti bahayakan pengguna jalan raya

GOMBAK – Polis mengesan penunggang mikromobiliti yang membahayakan pengguna jalan raya di Bandar Tasik Puteri, Rawang, di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya mengesan rakaman video berdurasi 30 saat yang tular di media sosial.

“Hasil siasatan awal mendapati kenderaan itu ditunggang dari arah Persiaran Tan Sri Low Yow Chuan menghala ke Persiaran Lembah Hijau 3 di Bandar Tasik Puteri, menggunakan lorong paling kanan.

“Perbuatan ini boleh mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada penunggang mikromobiliti tetapi juga kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Nor Ariffin berkata, pihaknya sedang mengesan penunggang kenderaan mikromobiliti dan meminta pemilik rakaman papan pemuka untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Kaedah 3(1) P.U.(a) 453/202 (menggunakan kenderaan mikromobiliti tertentu yang dilarang).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dan boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik, Sarjan Mazlan Mohd Arifin di talian 012-4551413 atau bilik gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*