Barisan pengadil yang ditugaskan untuk perlawanan Piala Malaysia di antara Selangor FC dan Sri Pahang FC telah diserang oleh segelintir penonton yang tidak berpuas hati.
Pada aksi panas tersebut menyaksikan pengadil perlawanan telah menghadiahkan dua sepakan penalti buat Sri Pahang. Dua penalti tersebut disudahkan oleh Manuel Hidalgo pada minit ke-24 dan Sergio Aguero pada minit ke-83.
Selain dua sepakan penalti tersebut, penyokong Selangor turut terkesan dengan jaringan Ali Olwan yang dibatalkan kerana Faisal Halim dilihat berada di kedudukan ofsaid.
Dalam satu video yang tular di laman Tiktok, barisan pengadil yang sedang berjalan menuju ke terowong sebelum ke bilik persalinan telah dibaling objek oleh segelintir penonton.
Susulan daripada insiden tersebut, staf keselamatan mengambil tindakan pantas untuk mengiringi barisan pengadil menuju ke bilik persalinan.
Video yang dimuatnaik Nurasmila Nordin di laman Tiktok itu telah ditonton lebih 67 ribu pengguna selain menerima lebih 2 ribu tanda suka.
Kekalahan ini menyebabkan Selangor tersingkir awal daripada saingan Piala Malaysia. Pada saingan Piala Malaysia musim lalu, Selangor hanya mampu mara ke suku akhir sebelum tewas kepada finalis, Terengganu FC.
Leave a Reply