{VIDEO} Piala Malaysia: KL City FC ‘longlai’ di SSI, JDT ke separuh akhir

KL City FC ‘longlai’ di SSI, JDT ke separuh akhir.

Penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 4-0 pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim petang semalam sekali gus melangkah ke pusingan separuh akhir dengan agregat 6-1.

Gol pertama Harimau Selatan diperoleh menerusi sepakan penalti oleh Arif Aiman pada minit ke-35 diikuti oleh Bergson Da Silva yang meledak gol kedua buat JDT sebelum tamat babak pertama perlawanan.

Pada babak kedua, pengadil sekali lagi memberikan sepakan penalti kepada JDT pada minit ke-56 selepas berlaku kekasaran yang membuka peluang kepada Bergson untuk menjaringkan gol ketiga pasukannya.

The City Boys yang tampak lesu pada pertemuan itu terus dihukum JDT dengan menambah derita buat pasukan pelawat apabila Muniz menjaringkan gol keempat perlawanan menerusi sepakan lencong dari luar kotak penalti pada minit ke-62.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*