{VIDEO} “Persoalannya, habis ke dia makan tu? – TikToker Singapura ‘pecah rekod’ makan nasi kandar bernilai RM300 di Pulau Pinang

Baru-baru ini, Nasi Kandar Sulaiman (NKS) berkongsi gambar seorang pempengaruh popular dari Singapura membeli nasi kandar di restoran mereka yang berharga RM300

Menerusi hantaran di laman Facebook, TikToker yang dikenali sebagai Zermatt Neo itu dihidang satu talam nasi kandar dengan pelbagai jenis lauk. Difahamkan, jumlah tersebut merupakan harga makanan paling tinggi dalam sejarah restoran NKS.

“All time biggest ever record. Seorang makan. Orang Singapore. Dia memang seorang influencer tiktok buat video makan banyak-banyak. Siap bawa talam lagi. Nama TikTok dia Zermatt Neo. Kali ini dia mai NKS makan nasi kandaq sampai RM300. Rekod paling tinggi dalam sejarah NKS.

“Note: kami tak panggil dia, dia sendiri yang mai makan,” katanya.

Persoalannya, habis ke tak dia makan tu?

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*