“Pergi berdua, balik sendirian… Siapa sangka itu lambaian terakhir ayah. Siapa sangka lambaian terakhir seorang bapa sebelum berangkat ke Tanah Suci bersama isteri pertengahan Mei lalu, merupakan yang terakhir.
Menerusi perkongsian anaknya, Wanie Zaidie, bapanya terkena serangan jantung dan meninggal dunia pada 13 Jun lalu di Makkah Medical Centre selepas seminggu bertahan.
Video berkenaan turut memaparkan detik sayu ketibaan ibunya dari Tanah Suci dan disambut dengan pelukan ahli keluarga yang lain.
“Pergi berdua, balik sendirian. Hanya bertemankan cinta abadi yang sentiasa subur dalam jiwa.
“Mental dan fizikal mak kuat. Mak juga hebat macam ayah. Mak kata ayah tengah tunggu kita semua kat syurga.
“Walaupun mak nampak kuat secara fizikalnya, tapi kami semua tau mak berusaha berlawan dengan emosi dalam sanubari,” kongsinya di TikTok.
Dalam masa sama, dia turut berjanji akan menjaga ibunya bersama adik-beradik yang lain.
“Mak jangan risau, sampai kiamat kami enam beradik akan jaga dan pertahankan mak. Sumpah, Kami sayangkan mak. Tiada siapa boleh sakitkan mak selagi ada kami di sisi. Kini, kami hanya ada mak di bumi ini.
“Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup kita tanpa ayah di dunia ini. Semoga semuanya baik dan indah-indah sahaja. Insya-Allah,” ujarnya.
Turut baca :
Leave a Reply