Beberapa hari lalu, tular di Twitter akan sebuah video menyaksikan ‘drama’ tengah jalan membabitkan orang awam yang dipercayai berlaku di Setapak, Kuala Lumpur.
Hantaran tersebut kemudiannya mengundang pelbagai tanda tanya apabila rata-ratanya mempersoalkan punca kejadian itu sehingga menyebabkan laluan mereka terhalang sepenuhnya.
Kemudian, tampil seorang wanita yang juga merupakan individu terlibat dalam pertelingkahan tersebut menjelaskan perkara sebenar yang menyebabkan dirinya ‘naik hantu’ tengah jalan.
Wanna clarify,so tengok sampai habis okayy or for full vid boleh pergi tengok dekat my tiktok account😇 https://t.co/IvR0MFSVxR pic.twitter.com/1YXFKldZOA
— hermellyjane (@xxrosabelle) October 13, 2022
Menurut cerita gadis itu, dia bengang apabila seorang lelaki berpangkat pakcik dengan beraninya naik tangan terhadap ibunya atas sebab yang tak diketahui.
Padahal, kejadian itu berlaku disebabkan oleh pakcik itu bilamana dia tiba-tiba membunyikan hon sejak masing-masing berhenti di lampu isyarat Seri Rampai.
Tidak terhenti di situ, pakcik terbabit juga dikatakan terlebih dahulu memintas kereta gadis berkenaan dan melakukan brek kecemasan sebelum bertindak keluar dari kereta.
“Aku keluar tanya apa masalah dia, dia tinggikan suara pula lepastu tolak aku, dia pukul mak aku dengan sepupu aku.”
Leave a Reply