{VIDEO} Penunggang motor ‘bertarung nyawa’ terperosok celah tayar

SEORANG penunggang motosikal terpaksa menahan kesakitan selepas dia dibiarkan tersepit apabila kenderaan dua roda yang dinaikinya merempuh sebuah lori yang sedang diparkir di tepi jalan di Lingkar Selatan, Cilegon, Banten, Indonesia.

Lebih mengejutkan, dalam kejadian tersebut, tiada mana-mana individu dilaporkan tampil untuk membantunya yang dilihat terperosok di bahagian bawah antara tayar belakang sisi kanan lori terbabit.

Penunggang berkenaan juga dilihat tidak mampu bergerak seakan-akan cuba untuk menahan kesakitan dan melekat di bawah lori berkenaan bersama motosikalnya.

Topi keledarnya juga dilihat sudah tercabut dan terjatuh di atas jalan.

Pada masa sama, beberapa kenderaan juga dilihat lalu-lalang seperti biasa di lokasi kejadian.

Video mengenai insiden tersebut tular selepas ia dikongsikan di Instagram media tempatan, Jawa Pos Radar Kudus pada Sabtu.

“Menurut info, tidak ada penduduk yang berani menolong (mangsa) sebelum pemandu lori datang. Status korban masih hidup dan sedarkan diri, namun berada dalam keadaan lemah kerana terlalu lama dibiarkan di situ,” ujar hantaran di muat naik video berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jawa Pos Radar Kudus (@jpradarkudus)

Dalam pada itu, di ruangan komen, rata-rata warga maya melahirkan kekesalan terhadap respons yang ditunjukkan orang ramai di lokasi kejadian kerana tidak tampil segera membantu mangsa.

“Hilangnya empati dan simpati,” tulis kaleesha_malik.

“Sekurang-kurangnya segera melaporkan atau panggil hospital terdekat. Kalau nak tolong takut juga mana tahu salah angkat hingga menyebabkan kecederaan mangsa jadi lebih teruk,” kata jiwanta_coffeshop.

“Kalau memang tak berani tolong, jangan ambil video sahaja. Paling kurang cubalah teman mangsa atau bagi minum sementara tunggu pasukan perubatan sampai,” ujar shantibayoo.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*