PENERBANGAN Shenzhen Airlines yang menuju ke Shenzhen terpaksa berpatah balik tidak lama sebaik saja berlepas dari Lapangan Terbang Zhengding, Shijiazhuang, China pada Jumaat.
Menurut kenyataan rasmi di Weibo Shenzhen Airlines, tindakan itu dibuat berikutan kabin pesawat yang secara tiba-tiba mengeluarkan asap.
Untuk memastikan keselamatan penerbangan, krew bertindak mengikut prosedur sebelum mengambil keputusan membuat pendaratan kecemasan.
Shenzhen Airlines flight ZH9138 had to be evacuated on the runway after smoke entered the cabin on departure from Shijiazhuang Airport.
The Airbus A320neo made an emergency return landing to Shijiazhuang a few minutes after departing the capital of China’s Hebei Province. No… pic.twitter.com/NfBKHbmquF
— Breaking Aviation News & Videos (@aviationbrk) October 19, 2024
Para penumpang juga terpaksa menggunakan gelongsor kecemasan untuk menyelamatkan diri masing-masing.
Difahamkan, pesawat tersebut berjaya mendarat dengan selamat sekitar pukul 2.24 petang Jumaat.
Shenzhen Airlines turut memaklumkan bahawa mereka akan mengambil inisiatif untuk menguruskan penumpang yang terjejas dengan sebaik mungkin susulan situasi yang berada di luar jangkaan itu.
Wakil khidmat pelanggan Shenzhen Airlines mengesahkan bahawa penerbangan ZH9138 dibatalkan atas masalah mekanikal dan mengumumkan bahawa penerbangan yang menggantikan pesawat itu telah disediakan.
Penumpang yang terjejas juga terbuka untuk melakukan sebarang perubahan dalam proses tempahan penerbangan yang baharu.
Turut baca :
Leave a Reply