Tular satu video di media sosial memaparkan sebuah aktiviti wanita urut lelaki bukan mahram sebagai bahan pengisian dalam sebuah program di Pulau Pinang baru-baru ini.
Wanita urut lelaki bukan mahram?
Menerusi satu perkongsian di Facebook, Abi Khair Azhari telah memuat naik satu video memaparkan beberapa individu lelaki sedang diurut.
Pada video itu, rata-rata semua yang berada di tempat urut tersebut termasuk individu yang mengambil rakaman tersebut saling bergelak tawa dan menikmati perkhidmatan urutan badan tersebut.
Namun begitu, program tersebut menerima kecaman ramai selepas tukang urut tersebut yang jelas-jelasnya wanita tanpa segan silu memegang badan peserta lelaki.
Dalam pada itu, individu yang memuat naik video itu juga mendakwa wanita yang menjadi tukang urut pada program itu merupakan kakitangan kerajaan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai mengecam tindakan individu-individu berkenaan yang seakan-akan tidak takut dengan hukum Allah SWT.
Siapa punya idea buat program ni?
Tak ambil iktibar langsung apa yang berlaku di Indonesia
Memalukan, wanita urut lelaki bukan mahram
Kalau ditegur mesti melenting
Menerusi tinjauan, masih belum ada mana-mana pihak berkaitan pada program tersebut yang tampil memberikan penjelasan berkenaan video tular ini.
Turut baca :
Leave a Reply