{VIDEO} Peniaga berputih mata, Hilux parkir depan rumah lesap dalam tempoh tiga minit

Seorang peniaga terpaksa berputih mata apabila kenderaan pacuan empat roda (4X4) yang diparkir di hadapan rumahnya dekat Taman Desa Indah, Putra Nilai, dicuri sekumpulan individu, awal pagi tadi.

Mangsa S. Dinend, 26, menyedari Hilux yang baru digunakan selama setahun itu dicuri selepas menerima panggilan daripada pusat khidmat pelanggan Toyota.

“Kereta Hilux tersebut mempunyai sistem penggera dan ‘GPS’. Saya terima panggilan memaklumkan kenderaan saya telah dilarikan pada pukul 4.20 pagi,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Jelasnya lagi, hasil semakan di kamera litar tertutup mendapati suspek yang menaiki kereta Honda Civic berwarna perak telah berhenti di sebelah keretanya sebelum salah seorang suspek membuka kunci kereta dalam masa tiga minit.

“Suspek sangat mahir tentang sistem kereta ini kerana telah menghidupkan enjin tanpa menyebabkan penggera keselamatan berbunyi,” ujarnya.

Katanya, dia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Nilai mengenai kejadian dan dimaklumkan kenderaan yang dinaiki suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Dinend berkata, dia kini giat mendapatkan rakaman kamera litar tertutup di kawasan kejiranan sebagai usaha dalam menjejaki suspek.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*