Melalui platform X, baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang lelaki bergelar pendakwah teruk dikecam netizen susulan menyuruh pengikut wanita mencium tangannya.
Difahamkan, perbuatan tersebut ‘wajib’ dilakukan oleh pengikut wanita jika mahu mencium bau syurga.
Salam mesti cium tangan, kalau nak cium bau sorga kata abang lebai….😌 pic.twitter.com/cBdk9kEAsj
— Abang aji🪵 (@apanakdikato) August 14, 2024
Lebih menyakitkan hati, sambil wanita mencium tangannya, dia turut mengambil duit ‘salam keruk’ dan memberinya kepada pembantu di sebelah.
Susulan sudah tular di platform media sosial, rata-rata netizen meluahkan rasa berang dan menganggap ‘pendakwah’ tersebut seperti syaitan bertopengkan manusia.
Sekadar info, kejadian tersebut berlaku di negara jiran, Indonesia dan sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 200,000 tontonan daripada pengguna.
Turut baca :
Leave a Reply