“Pengantin buat hal…” Menangis lihat bekas kekasih hadir di majlis perkahwinannya.
Seorang pengantin wanita hanya mampu menangis sebaik melihat bekas kekasihnya hadir di majlis perkahwinannya.
Video aksi wanita itu tular di media sosial sebaik bekas kekasihnya datang memberikan sejambak bunga warna merah jambu.
Portal Walipop melaporkan, detik sedih itu dirakam dan dimuat naik di akaun Instagram.
Majlis pernikahan wanita yang dijodohkan sehingga putus dengan bekas kekasihnya berlangsung pada 14 Julai lalu di Desa Tumbudadio, Tirawuta, Sulawesi Tenggara.
Menerusi video itu, seorang lelaki memakai baju batik hitam berjalan membawa sejambak bunga yang disembunyikan di belakang badannya, sebelum naik ke pelamin.
Dia dilihat ditemani rakan lelaki yang lain.
Melihat keadaan pengantin wanita yang terus menangis, ada ahli keluarga yang cuba menasihati supaya dia bertenang dan meneruskan majlis.
Pengantin wanita yang memakai gaun warna hijau muda itu terus menangis walaupun tetamu lain datang dan memberikan ucapan selamat.
Lelaki yang memberikan jambangan bunga itu dikenali sebagai Ebil, 19, berasal dari Kampung Poni-Poniki, Kecamatan Tirawuta.
Ebil mengaku datang ke majlis pernikahan bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Siska, 17, kerana tidak ingin digelar pecundang (orang yang kalah) oleh temannya.
“Kalau tidak pergi nanti dipanggil pecundang,” kata Ebil mengakui hubungan cintanya dengan pengantin wanita berakhir secara tiba-tiba selepas kekasihnya itu dijodohkan dengan lelaki lain.
Turut baca
Leave a Reply