{VIDEO} Penduduk gempar penemuan mayat wanita terapung di tasik

PENDUDUK di sekitar kawasan Taman Rekreasi Perigi 7 Serendah, Selangor digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita pada Selasa.

Melalui perkongsian seorang pengguna Facebook, Shah Rul, mayat wanita berkenaan ditemui orang awam yang kebetulan berada di kawasan itu.

Individu tersebut turut memuat naik satu video memaparkan orang awam mengerumuni kawasan berkenaan.

“Sudah jumpa mayat wanita di Perigi 7 Serendah. Kereta si mati pun ada di kawasan tersebut,”katanya.

Turut kelihatan beberapa anggota polis berada di tempat.

Sementara itu, jurucakap Balai Polis Serendah mengesahkan menerima laporan penemuan mayat tersebut pada pagi Selasa.

“Ya jumpa mayat wanita di kawasan tersebut,” katanya

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*