Saban hari, kes penderaan dilihat makin membimbangkan di Malaysia.
Hal itu sekaligus membuatkan kita tertanya-tanya di manakah letaknya hati mereka sehingga sanggup berbuat demikian, walhal binatang yang tak berakal pun tahu menjaga anak.
Terbaharu, tular di laman Facebook akan sebuah video menyaksikan perbuatan seorang pengasuh taska mendera salah seorang kanak-kanak yang menghuni di situ.
Sepertimana yang dilihat, kanak-kanak itu meraung sekuat hati apabila diperlakukan dengan kasar oleh wanita terbabit.
Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku di Kepong itu kanak-kanak terbabit dipukul dan disuap sesuatu kedalam mulutnya yang dipercayai biji cili.
Rakaman diperoleh daripada pemilik akaun Angel Ng yang dimuat naik olehnya pada Ahad.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sentul , Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan insiden itu.
“Jika ibu bapa mangsa membuat laporan, maka kita akan mempertimbangkan untuk buka kertas siasatan.” -Beh Eng Lai.
- Turut baca : {VIDEO} “Niat baik cara mungkin salah…” Guru siram pelajar tidur dalam kelas jadi bualan ramai
Leave a Reply