{VIDEO} Pemuda ‘dedah sebab tinggal ‘awek’ tepi jalan

Baru-baru ini, tular sebuah video menyaksikan seorang wanita bertudung sendirian di tepi lebuhraya sekitar jam 3 pagi.

Difahamkan, dia telah ditinggal oleh kekasihya, malah kad pengenalan serta dompet juga dibawa pergi bersama.

Ramai luah marah dengan tindakan lelaki berkenaan sehingga ada yang melemparkan tohmahan serta kritikan kerana berbuat demikian terhadap seorang wanita.

Tidak terhenti di situ, kes makin hangat selepas ada individu mendedahkan identiti sebenar mangsa rupanya wanita berloceng.

Dia ditinggal lelaki berkenaan kerana penyamarannya telah kantoi.

Menerusi paparan lain pula, pemilik akaun berkongsi rakaman suara wanita tadi sewaktu dia ingin bertanya akan keadaan semasanya selepas kejadian.

Itu kerana ramai tidak percaya bahawa mangsa adalah wanita berloceng sepertimana dakwaan individu berkenaan yang mungkin lebih mengenali identitinya.

Dalam video sama, mangsa juga meminta agar video tersebut dipadam memandangkan kes telah selesai dan segala barang yang diambil juga telah dipulangkan.

Bagaimanapun, kebenarannya masih tidak diketahui samada benar atau tidak bahawa dia adalah wanita berloceng yang dimaksudkan.

Malah, pemilik akaun juga tidak berkongsi lanjut perkembangan kes berkenaan.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*