{VIDEO} Pemuda ‘dedah’ perbezaan sikap orang Mesir, Malaysia hadapi situasi ‘jem’

Meskipun pelbagai infrastuktur telah ditambah, bersesuaian dengan peningkatan penduduk, namun rakyat masih berdepan dengan kesesakan lalu lintas.

Hal itu sekaligus memungkinkan kita bahawa masalah tersebut takkan berakhir, pergilah ke negara mana sekalipun.

Berkongsi sedikit kehidupan di negara Mesir, pemuda ini mendedahkan sikap rakyat negara itu apabila berdepan kesesakan lalu lintas.

Mereka saling berlawan hon sehingga bandar itu mengalami pencemaran bunyi kerana masalah tersebut, walhal tindakan mereka tidak akan mengurangkan kadar kesesakan pun.

Berbeza pula dengan situasi di Malaysia, rakyat masih mempunyai sikap tolak ansur dan saling menghormati antara satu sama lain.

Lebih mengagumkan, hon kenderaan mereka tidak bergema sehingga menggangu ketenteraman pengguna lebuhraya..

Rata-ratanya akui bangga menjadi sebahagian daripada rakyat negara ini yang sebenarnya sangat harmoni.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*