{VIDEO} Pemandu Civic hijau tak pulang rumah selepas terlibat kemalangan diburu polis

Pemandu Civic hijau tak pulang rumah selepas terlibat kemalangan diburu polis.

Baru-baru ini, tular di media sosial akan rakaman video yang memaparkan sebuah kenderaan dipandu dengan laju merempuh kereta lain di Dungu, Terengganu.

Susulan itu, polis kini sedang berusaha dengan giat mengesan pemandu Honda Civic hijau yang dipercayai melarikan diri selepas terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah berkata, kejadian tular itu turut melibatkan sebuah Perodua Viva dan Honda Odyssey.

“Pemandu Honda Civic yang merupakan warga tempatan tidak pulang ke rumah selepas kemalangan,” katanya.

Berdasarkan hasil siasatan, pemandu Honda Civic telah memandu dengan tidak cermat sehingga gagal mengawal kenderaan lalu mengakibatkan kemalangan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Paka.

“Pemandu Viva cedera ringan dalam kemalangan tersebut,” jelasnya.

Difahamkan, kes ini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saksi kejadian di minta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Sarjan Mastika Ab Aziz atau menghubungi Balai Polis Trafik Dungun di talian 09-8482222.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*