{VIDEO} Pemandu cetus provokasi, biadap dengan ‘pak guard’, dikecam warga maya

Tindakan seorang lelaki yang didakwa membuat provokasi dengan seorang pengawal keselamatan tular pada Ahad.

Perbuatan itu turut menerima kecaman warga maya yang menyifatkan lelaki berkenaan sebagai biadap.

Kejadian tersebut difahamkan berjaya dirakam oleh individu lain yang berada di lokasi terbabit.

Malah ada yang mengaitkannya dengan isu pelawak kelahiran Singapura, Jocelyn Chia yang hangat diperkatakan ketika ini.

Berdasarkan video berdurasi seminit 14 saat itu, kedengaran lelaki berbaju biru tersebut mendakwa pengawal keselamatan berkenaan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Dalam masa sama, akibat terlalu marah dan tidak berpuas hati dengan tuduhan yang dibuat, pekerja dipercayai bangsa asing itu hampir memukul lelaki berkenaan dengan menggunakan batang pembahagi jalan, namun berjaya ditenangkan rakannya.

Bagaimanapun, tarikh, lokasi dan punca sebenar pergaduhan masih belum dapat dikenal pasti.

Setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*