{VIDEO} “Pelik kereta depan tak gerak…” Pemuda terpaksa turun tengok, rupanya ini berlaku

Kesesakan lalu lintas yang berlaku di Malaysia membuatkan rakyat sudah terbiasa mendepani suasana itu, lebih-lebih lagi apabila menjelang musim perayaan atau cuti persekolahan.

Namun, sebagai pemandu adakalanya badan mereka terlalu letih sehingga tanpa sedar mata terlelap di dalam kereta.

Begitulah situasi yang dilalui oleh pemandu ini, yang mana detik kejadian ada dikongsikan oleh Shazrul_izwad di laman Tiktok.

Dia yang ketika itu berada di belakang kenderaan terbabit lantas turun untuk melihat punca kereta di hadapannya tidak bergerak, walhal kenderaan di lorong lain sudah mulai bergerak walau perlahan.

Rupanya, pemilik kereta di hadapannya itu terlelap ketika sedang mengharungi kesesakan di lebuhraya.

Rata-ratanya memahami akan keadaan lelaki tersebut yang sememangnya merasa letih.

Dalam waktu sama, dia bernasib kerana terlelap sewaktu kereta tengah berhenti, bukan ketika tengah memandu yang mungkin boleh menyebabkan kemalangan.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*