SHAH ALAM – Pelawak terkenal, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 40, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas enam pertuduhan tidak membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti bernilai RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), tahun lalu.
Turut didakwa didakwa atas pertuduhan sama adalah adalah syarikatnya, Bubblebee Sdn. Bhd. (Bubblebee) dan pengarah bersama, Koh Choon Guan, 33.
Bagaimanapun, kesemuanya selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.
Berdasarkan kesemua pertuduhan, mereka telah gagal membayar cukai perkhidmatan berjumlah keseluruhan RM1,191, 153.78 bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember tahun lalu.
Justeru, melakukan kesalahan mengikut Seksyen 26 (8) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dibaca bersama Seksyen 78 akta sama dan boleh dihukum dibawah seksyen dan akta sama.
Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM50, 000 atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.
Di bawah seksyen 26(10) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 serta Seksyen 69(1) akta sama, mereka turut dikehendaki membayar penalti berjumlah RM453,969.42 kepada Ketua Pengarah Kastam.
Perbuatan itu dilakukan di Cawangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini
antara 1 April tahun lalu hingga 1 Februari tahun ini.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa JKDM Wan Abdul Rahim Wan Mahamood dan Nur Amalina Ahmad Nazeri menawarkan jaminan sebanyak RM2, 500 bagi setiap pertuduhan ekoran cukai belum dibayar termasuk penalti kepada Ketua Pengarah Kastam adalah tinggi iaitu RM1. 6 juta.
Bagaimanapun, Peguam Muhammad Firdaus Shaik Alauddin membantah ikat jamin dengan menyatakan ia merupakan kes saman dan bukan kesalahan jenayah dituduh dibawah Kanun Keseksaan.
Tambahan, katanya, Shuib sebelum ini telah memaklumkan kepada pihak pendakwaan terdahulu agar menetapkan tarikh baharu bagi sebutan disebabkan anak guamnya menunaikan umrah bermula 29 Oktober hingga 8 November.
Baca juga :
- {VIDEO} Perdana Menteri Pakistan sifatkan Anwar pemimpin hebat
- Satelit pertama buatan Malaysia dilancar ke angkasa
- Badan ‘hancur’, helmet rider ‘berkecai’, disyaki langgar lari lori di Pelabuhan Klang
“Begitu juga dengan Choon Guan telah minta dilapangkan untuk didakwa bersama Shuib pada hari ini namun tidak dimaklumkan Peguam Cara (pendakwaan) sebelum ini.
“Tiada isu anak-anak guam saya melarikan diri selain mereka menjalankan perniagaan di negara ini. Selain, mereka juga mempunyai pembelaan bermerit,” ujarnya.
Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan bagi Shuib dan Choon Guan masing-masing RM4, 000 bersama seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 18 Disember depan.
Kosmo! pada Isnin lalu melaporkan Bubblebee didenda keseluruhan RM17,500 oleh Mahkamah Majistret atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
View this post on Instagram
Leave a Reply