Panas !!! Wanita miliki suami dua ‘terbongkar’, ini terjadi selepas itu…
Seorang wanita dari daerah Cianjur dalam wilayah Jawa Barat dihalau keluar oleh penduduk kampung kerana didakwa mempunyai dua suami, lapor laman berita Suara.com.
Wanita yang hanya dikenali sebagai NN, 28, itu dihalau keluar bersama keluarganya dari kampung. Rakaman kejadian yang dimuat naik pada akaun Instagram bernama @terangmedia itu kemudiannya menjadi tular di media sosial Indonesia.
Bukan itu sahaja, penduduk kampung turut bertindak membakar pakaian NN ketika menghalaunya.
Turut baca
- “Tidak berada dalam keadaan waras…” Warga emas tikam kekasih 70 kali
- Pusat hiburan diserbu, lelaki maut terjun bangunan elak dicekup
- “Tidak dapat bendung perasaan lagi…” 25 tahun tak jumpa ibu, anak hanya mampu tatap jenazah
Menurut ketua kampung, Aep Ibing, perkahwinan wanita itu dengan suami keduanya, UA, diketahui selepas saudara-mara suami pertamanya, TS, berasa curiga.
Tindak-tanduk wanita itu dicurigai kerana sering berada di rumah UA di Desa Babakancaringin, Cianjur.
“Apabila NN keluar dari rumah, saudara-mara suami pertamanya mengikutinya. Sejurus tiba di rumah UA, mereka menyerbu NN,” kata Aep.
Selepas disoal siasat, UA kemudian mengaku mereka sudah berkahwin selama lima bulan. Saudara-mara TS terkejut kerana wanita itu masih bergelar isteri yang sah kepadanya.
Setelah berbincang, NN akhirnya diceraikan oleh suami pertamanya itu.
Penduduk kampung yang mengetahui kejadian tersebut bertindak menghalau NN serta keluarganya. TS juga berasa kecewa dengan kejadian itu kerana mereka sudah berumah tangga selama 13 tahun dan dikurniakan dua anak.
Leave a Reply