{VIDEO} Panas! Perlawanan persahabatan JDT-Levski Sofia bertukar menjadi gelanggang ‘tinju’

Perlawanan persahabatan yang bertukar menjadi gelanggang ‘tinju’ menyebabkan aksi pramusim kedua Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa ditamatkan lebih awal ketika berdepan kelab Bulgaria, Levski Sofia di Dubai malam tadi.

JDT yang mendahului lawan 1-0 menerusi ledakan Juan Muniz di minit 24 terpaksa dihentikan lebih awal selepas berlaku pergadvhan tumbvk menumbvk antara pemain skuad Harimau Selatan dan Levski Sofia di minit 54.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil menjelaskan situasi sebenar apabila menyalahkan pengadil dari Serbia dilihat gagal mengawal perlawanan hingga menyebabkan insiden itu berlaku.

Malah katanya, kekasaran pihak lawan serta tindakan meludah pemain JDT langsung tidak diendahkan pengadil hingga tercetusnya pergaduhan.

“Pasukan lawan membuat terjahan tetapi tiada kad kuning. Pemain JDT berdiri beberapa meter dari wall (benteng) pun kena kad kuning. Bagi saya pengadil dari Serbia gagal untuk mengawal permainan.

“Nombor 30 ludah ke muka Leandro dan sepak Leandro tetapi tiada kad. Dari situ mulanya permainan jadi lebih agresif.

“Mungkin mereka tak boleh terima hakikat kelab kecil dari Asia mendahului 1-0 menentang kelab dari Eropah,” kata TMJ di laman sosial.

Levski Sofia yang juga juara Liga Bulgaria bermain secara agresif sepanjang aksi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*