{VIDEO} Pakatan Harapan mengangkat martabat anak muda – Salahuddin

Pakatan Harapan mengangkat martabat anak muda dengan berjaya membawa usul Undi18 sehingga lulus.

Anak muda seawal umur 18 tahun berhak menentukan masa depan negara.

Tonton video ini :

 

Anak-anak muda di negara ini kena mempastikan mereka memilih pemimpin yang tepat dalam pilihan raya umum kali ini supaya mereka tidak pula terpaksa pergi ke negara-negara lain termasuk Indonesia untuk bekerja.

Pengerusi Pakatan Harapan Johor, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perkembangan ekonomi di Indonesia yang ketara sejak kebelakangan ini di bawah kepimpinan Joko Widodo dan kejatuhan ekonomi negara ini sekarang memungkinkan perkara itu boleh berlaku.

Datuk Seri Salahuddin Ayub

“Pada tahun 1990an, tahun 2000 ke 2020, kita mengambil pembantu rumah dari Indonesia. Ada antara mereka dirogol, ada yang tidak dibayar gaji dan sebagainya.

“Kalau kita tidak berubah dan ekonomi kita tidak meningkat ia boleh berlaku pula kepada rakyat kita.

“Kalau pelabur lari meninggalkan kita, ekonomi kita tidak berkembang, Ringgit kita terus jatuh sebagaimana sekarang, pemimpin nombor satu pula adalah penjenayah, anak cucu kita besok akan pergi pula ke Indonesia menagih untuk menjadi buruh asing.

“Saya harap ini tidak berlaku, tetapi inilah yang ada di depan mata kita yang kita mesti mengambil tanggungjawab untuk memastikan negara ini berada di landasan yang betul,” kata Salahuddin dalam Jelajah Mega Pakatan Harapan di Johor.

Sehubungan itu, beliau menyeru anak muda supaya keluar mengundi dalam pilihan raya kali ini dan memilih pemimpin yang tepat supaya negara ini boleh diselamatkan.

Apa yang berlaku kepada Indonesia sebelum ini boleh berlaku kepada negara ini jika rakyat khasnya anak muda tersalah pilih dan mengekalkan kepimpinan yang ada sekarang, kata bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu.

Ekonomi Indonesia sekarang sedang berkembang pesat manakala pelabur asing pula berlumba-lumba untuk melabur di negara itu dan meninggalkan Malaysia.

Tahun lepas sahaja, United Arab Emirate (UAE) melabur 32.7 bilion Dollar Amerika ke Indonesia membabitkan pelbagai sektor termasuk pembuatan.

Negara itu berjaya mendapatkan jumlah pelaburan itu, selepas presidennya Joko Widodo (Jokowi) melawat UAE bagi mengeratkan hubungan baiknya dengan Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan.

Menurut Salahudin, ramai anak-anak muda negara ini sekarang mempunyai ijazah, bahkan di peringkat master dan PhD tetapi ramai antara mereka tidak mempunyai pekerjaan yang sesuai.

Oleh itu, PH tidak sama sekali akan mempersetankan suara anak muda. Anak muda mesti bersama membina negara yang lebih baik.

Ini kerana penguncupan ekonomi yang berlaku di negara ini sekarang.

 

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*