{VIDEO} Padah buat pusingan U, pemandu kenderaan pasukan polis berdepan tindakan

Pihak polis mengeluarkan saman terhadap pemandu kenderaan pasukan polis yang terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan jenis Produa Myvi dalam kejadian di Jalan PJS 3/9 di sini, Selasa lalu.

Ketua Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku pada pukul 12.18 tengah hari itu berlaku ketika kenderaan pasukan sedang melakukan rondaan cegah jenayah dibawah pentadbiran Balai Petaling Jaya.

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan pasukan dalam tugas rondaan cegah jenayah dipandu di lorong dua dari kiri jalan dan membuat pusingan U menyebabkan Perodua Myvi berada di lorong kanan jalan tidak dapat mengelak dan melanggar bahagian sisi kanan kenderaan polis tersebut.

“Satu kertas siasatan telah dibuka dan tindakan saman telah dikeluarkan kepada pemandu kenderaan polis berkenaan atas kecuaiannya ketika memandu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pihak polis menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya tidak melakukan tindakan yang tidak mematuhi peraturan jalan raya sehingga menyebabkan bahaya kepada orang ramai serta terus melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat kesalahan dilakukan termasuk kenderaan polis.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*