GARA-GARA sering menghina dan enggan membayar hutang, seorang lelaki maut selepas dibakar hidup-hidup di sebuah hotel dekat Sihanoukville, Kemboja pada 14 Jun lalu.
Video kejadian ngeri yang berlaku pada pukul 5.40 petang itu juga turut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan dan ditularkan semula dalam platform media sosial X pada Khamis.
Memetik laporan media antarabangsa, pelaku yang dikenali Kien Kunthea sempat melarikan diri sejurus selepas kejadian.
Polis tempatan, Sar Thet berkata, suspek lelaki berusia 34 tahun itu ditangkap pada Jumaat lalu di daerah Teuk Phos selepas beberapa hari melarikan diri.
“Maklumat awal mendapati, kejadian itu berlaku di dalam sebuah hotel dan pada waktu kejadian mangsa sedang berada di bahagian kaunter penyambut tetamu hotel berkenaan.
“Mangsa merupakan seorang warganegara China dan berusia 42 tahun meninggal dunia di hospital beberapa jam selepas kejadian ekoran cedera parah di seluruh anggota badan,” katanya.
Kena panggang hidup-hidup.
Berita lanjut bakal menyusul…
Kredit : Agensi pic.twitter.com/cHinVy1bhz
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) June 27, 2024
Tambah beliau lagi, hasil siasatan bersama suspek juga dia mengaku menyimbah minyak tanah dan seterusnya membakar mangsa.
“Suspek bertindak sedemikian kerana suspek selalu menghina, menipu dan tidak mahu membayar hutang.
“Suspek kini masih dalam tahanan reman polis untuk tindakan selanjutnya,” ujar beliau.
Turut baca :
Leave a Reply