TULAR di laman media sosial aksi bahaya seorang kanak-kanak dipercayai bermain di atas jalan raya berseorangan sehingga hampir dilanggar oleh kenderaan yang melalui jalan tersebut.
Difahamkan, kejadian itu berlaku pada pukul 11.21 pagi Rabu, namun tidak dinyatakan lokasi kejadian.
Menerusi rakaman kamera papan kemuka (dashcam) kenderaan tersebut, kanak-kanak tersebut itu kelihatan berada di tengah-tengah jalan raya tersebut tanpa pengawasan ibu bapa mahupun orang dewasa.
Budak kecil berlari atas jalan raya…nasib tak dilanggar ….
* Tiada info lanjut pic.twitter.com/9Ir2HtPA1J
— MYNEWSHUB (@mynewshub) October 30, 2024
Namun dia bernasib baik apabila sebuah kenderaan jenis Perodua Axia sempat memberhentikan kenderaannya di lorong kiri secara mengejut sekali gus memberi amaran pada pemandu lain.
Terkejut melihat Axia tersebut, kanak-kanak itu terus berlari ke tengah jalan sebelum dia sekali dia hampir dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Alza.
Lebih mencemaskan lagi, kanak-kanak itu masih lagi bermain di jalan raya tersebut walaupun sebuah lagi kereta jenis Proton Saga melalui jalan itu dari lorong sebelah kiri selepas melihat situasi terbabit.
Kelihatan pemandu kereta terbabit keluar dari kereta masing-masing dan cuba mengejar budak itu bagi mengelakkannya daripada terus bermain di jalan.
Turut baca :
Leave a Reply