{VIDEO} “Nasib baik tak pecah kepala…” Berang pintu lif tertutup, lelaki panas ‘baran’ balun warga emas

“Nasib baik tak pecah kepala…” Berang pintu lif tertutup, lelaki panas ‘baran’ balun warga emas.

Seiring dengan kemajuan dunia, mungkin ramai tidak sedar bahawasannya kita mundur dari aspek memupuk nilai kemanusiaan dalam diri, terutamanya ketika bersama dengan orang yang lebih tua dari kita.

Tidak perlu tengok jauh, cukup menghayati video yang dikongsikan oleh Bachtiar Yzo yang menyaksikan tindakan seorang lelaki baran mendepani warga emas di dalam lif.

Dia yang ketika itu hendak masuk ke dalam lif, hampir tersepit disebabkan lelaki warga emas berkenaan tidak sengaja tertekan butang tutup.

Berang dengan kejadian itu, dia kemudian bertindak menolak lelaki tua tersebut rapat hingga ke dinding lif sebelum mengasarinya di hadapan kawan-kawan yang lain tanpa rasa bersalah.

{VIDEO} "Nasib baik tak pecah kepala..." Berang pintu lif tertutup, lelaki panas 'baran' balun warga emas

Lantaran peristiwa itu, dia kemudian dipukul pula oleh orang awam kerana tindakan mengasari warga tua itu dibawa hingga ke luar lif sekaligus menjadi perhatian mereka yang berada di tempat kejadian.

Bagaimanapun, warganet berpuas hati melihat keadaan lelaki terbabit yang sudah terkulai di hadapan lif kerana akhirnya dia mendapat balasan di atas perbuatannya tadi.

Malah, dia juga ditinggal sendirian begitu memandangkan kawan-kawannya yang lain telahpun lari menyelamatkan diri.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*