Penunggang motosikal sememangnya lebih terdedah kepada bahaya seperti kemalangan jalan raya ataupun bencana alam yang tidak dijangka.
Baru-baru ini, tular di media sosial akan video memaparkan seorang ‘rider’ Grab tergolek ditepi jalan berikutan tersangkut pada pintu kereta.
Dalam video yang dimuat naik oleh Yu KH di laman Facebook Sukan Star TV – sstv.my dapat dilihat sebuah kereta Perodua Axia tiba-tiba memberhentikan kenderaanya di pinggir jalan.
Tidak hanya itu sahaja, kereta berkenaan juga dengan tiba-tiba membuka pintu hingga membuatkan rider Grab tersangkut pada kenderaan tersebut sebelum tergolek.
Menerusi video berdurasi 30 saat itu juga dapat dilihat orang ramai berkumpul di tempat kejadian bagi membantu rider berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet seakan geram akan sikap pemandu kenderaan itu yang tidak cakna dengan keadaan sekeliling. Malah mereka juga menegur agar lebih berhati-hati kerana bimbang akan orang yang cedera kerana perkara remeh itu.
Leave a Reply