{VIDEO} “Nasib baik tak ada air… Budak lelaki 11 tahun cedera kepala jatuh longkang surau diselamatkan penduduk kampung

SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak lelaki cedera ringan di bahagian kepala selepas terjatuh dipercayai lebih dua meter ke dalam longkang sebuah surau di Alam Budiman, Seksyen U10, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa berusia 11 tahun kemudiannya diselamatkan penduduk kampung menggunakan tangga.

Insiden tersebut tular menerusi video berdurasi 58 saat di laman aplikasi WhatsApp.

Berdasarkan video tersebut, kanak-kanak tersebut menyatakan terjatuh disebabkan tidak perasan ekoran keadaan gelap.

Lokasi kanak-kanak tersebut jatuh juga didapati tidak mempunyai penutup longkang.

“Dalam. Itu kalau ada air naya, bahaya” kata salah seorang penduduk.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim ketika dihubungi memaklumkan, berdasarkan maklumat awal kanak-kanak berjaya dikeluarkan oleh para penduduk sebelum membawanya ke klinik berhampiran.

“Kanak-kanak lelaki tersebut mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa balik ke rumah oleh ibu bapanya.

“Tiada sebarang laporan polis dibuat setakat ini,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*