{VIDEO} “Nasib baik la ada hero datang menyelamat…” Wanita berdepan detik cemas, Myvi masuk longkang dihanyutkan air deras

“Nasib baik la ada hero datang menyelamat…” Wanita berdepan detik cemas, Myvi masuk longkang dihanyutkan air deras.

Seorang wanita hampir lemas selepas Perodua Myvi yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke sebuah parit dalam satu kejadian banjir kilat di Jalan Kota Tinggi-Mersing, Johor pada Ahad.

Video kejadian turut tular di media sosial serta memaparkan beberapa orang awam terjun ke dalam parit berkenaan untuk menyelamatkannya.

Melalui maklumat awal yang dikongsikan, wanita berkenaan dalam perjalanan menuju ke sebuah lokasi sebelum kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya hilang kawalan.

Sementara itu, seorang saksi, Norlidya Iskandar berkata, mangsa kini berjaya diselamatkan orang awam dan berada dalam keadaan selamat.

“Mangsa selamat dan kini sedang menerima rawatan di hospital,” katanya.

Dalam video yang dikongsikan, kelihatan mangsa sedang berpaut di bahagian belakang keretanya sambil menjerit meminta tolong.

Dua orang lelaki turut dilihat dengan berani terjun dan cuba menyelamatkan wanita berkenaan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*