{VIDEO} Nak tutup malu ditegur hisap rokok dalam restoran, lelaki tunjuk ganas, ajak gaduh

“MOH (Kementerian Kesihatan), @DrDzul (Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad), @PDRMsia (Polis Diraja Malaysia), @Marina _Ibrahims (Ahli Dewan Undangan Negeri Skudai, Marina Ibrahim), saya tegur dia jangan hisap rokok dalam restoran, dia boleh ajak saya lawan.”

Itu luahan seorang lelaki yang kecewa apabila tindakannya menegur pengunjung restoran yang merokok di sebuah restoran dibalas dengan respons tidak sopan.

Lokasi sebenar kejadian tidak dapat dipastikan, namun dipercayai berlaku di Skudai, Johor Bahru berikutan Marina turut ‘diseru’ menerusi hantaran aplikasi X itu.

Selain berkongsi video kejadian berdurasi empat saat, dia yang menggunakan nama PS Dhillon di media sosial turut memaklumkan akan membuat laporan polis ke atas perokok terbabit susulan kejadian itu.

“Apa ni smoking ban (larangan merokok)? Siap boleh nak ajak lawan. Saya akan susuli dengan membuat laporan polis,” katanya.

Orang ramai rata-rata mengecam tindakan perokok berkenaan, malah ada yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera ke atasnya.

Turut baca :

“Orang macam ni dia tahu dia salah. Tunjuk ganas nak tutup malu la tu kena tegur hisap rokok,” kata seorang pengguna.

“Kalau aku ada kat situ, aku datang ‘back up’ punya. Banyak kali dah aku nampak perokok ni merokok kat kedai makan. Alasannya, dia merokok kat kawasan terbuka,” komen seorang lagi pengguna.

“Cabaran baharu. Mungkin penguatkuasaan perlu tegas supaya si perokok juga benar-benar takut,” ujar M.Amir.A.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*