{VIDEO} Nak selamatkan anak, ibu cedera disondol kerbau korban terlepas ikatan

Seorang wanita cedera dirempuh seekor kerbau yang terlepas ikatan ketika hendak dikorbankan di Kampung Rampayan, Manggatal, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa yang berusia 40-an mengalami retak tulang kaki kiri dan dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Timbalan Pengerusi Surau Ar-Rahman Kampung Tobur, Rampayan, berkata kejadian berlaku ketika penduduk sedang bersiap melakukan penyembelihan ibadah korban membabitkan lima ekor kerbau.

“Ketika kejadian, penduduk kampung sedang memindahkan kerbau untuk disembelih namun salah satu tali pada kerbau terputus menyebabkan ia terlepas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA Sabah (@erasabah)

“Kerbau itu berlari dan berpusing di sekitar kawasan penyembelihan sambil merempuh penduduk kampung yang berada di tempat kejadian.

“Seorang penduduk kampung ketika itu mahu menyelamatkan anaknya namun dia pula yang dirempuh oleh haiwan berkenaan sehingga cedera,” katanya.

Katanya, susulan kejadian itu penduduk kampung terpaksa menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan awal dan membawa mangsa ke hospital.

“Selepas diperiksa, mangsa mengalami keretakan pada tulang kaki kiri dan terpaksa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Katanya, haiwan korban itu berjaya ditangkap dan selamat disembelih oleh penduduk kampung.

Sebelum itu, tular video memaparkan kerbau terbabit terlepas ketika penduduk kampung sedang bergotong-royong melaksanakan ibadah korban.

Turut tular, seorang mangsa dibawa menaiki ambulans dipercayai cedera akibat dirempuh kerbau berkenaan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*