{VIDEO} ‘Nak elak jalan sesak, tak tahu ada palang’ – Tindakan pemandu undang kemarahan penduduk

Sebuah bas ekspres pecah cermin hadapan selepas melanggar palang penghadang kenderaan berat dalam kejadian dipercayai berlaku di Bangi, hari ini.

Menerusi video dikongsikan Facebook Pekan Bangi, laluan tersebut merupakan jalan baharu yang juga ‘shortcut’ (jalan pendek) antara Bangi Avenue dan Alam Sari dengan penggunaannya melibatkan kenderaan ringan.

Insiden itu mengundang marah dalam kalangan penduduk tempatan selain mempersoalkan tindakan pemandu bas ekspres melalui kawasan itu.

Malah, ada yang berkongsi gambar papan tanda ‘untuk kenderaan ringan sahaja’ yang mana laluan itu tidak boleh digunakan untuk kenderaan berat.

“Tak faham, macam mana palang punya besar, ‘driver’ (pemandu) bas ni boleh tak perasan?,” soal seorang pengguna Facebook.

“Tak silap nak lari jalan sesak, tak tahu jalan tu ada palang,” komen seorang pengguna yang lain.

“Masalah betul lah. Bas pun nak lalu situ apa hal. Lalu lah lebuh raya saja,” ujar pengguna yang lain.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*