{VIDEO} Naik angin tak tentu pasal, mat motor ‘cium jalan’ lepas sepak side mirror kereta

Tular sebuah video memaparkan seorang penunggang motosikal terjatuh selepas menendang cermin sisi sebuah kereta dipercayai jenis Toyota Vios berwarna putih di sebuah lebuh raya sejak Selasa.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di Twitter (X) oleh @ohtweet pada Selasa, penunggang lelaki itu dilihat bertindak menendang cermin sisi kereta tersebut sebelum terjatuh ke bahu jalan.

Pada masa yang sama, cermin sisi kereta terbabit dilihat tercabut selepas ditendang ketika kejadian itu.

Dalam rakaman sama, kereta itu juga dilihat sedang memotong dan difahamkan masuk ke laluan jalan yang sama tanpa melepasi garisan putih selepas sedar penunggang motosikal tersebut berada di belakang.

“Kereta itu ada stereng bang. Tak perlu tolong tolakkan guna kaki,” ciapnya.

Berdasarkan info yang dikongsikan itu, difahamkan lokasi dan masa kejadian masih belum dapat dikenal pasti.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut berang dengan perbuatan lelaki tersebut.

“Sikit-sikit nak tendang. Kalau kau hon, kereta itu mesti alert,” komen @iamajayrahman.

“Standard la motor. Ada mindset ibarat jalan itu dia pegang geran hak milik jalan itu. Orang lain tak berhak guna jalan raya,” tulis @Syuriam1.

Setakat berita ini ditulis, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*