NAJIS dadah tidak hanya menjahanamkan masa depan malah turut menghancurkan kerjaya dan kehidupan seseorang.
Namun, pasti ramai yang berfikiran dadah seperti syabu, heroin dan morfin yang sudah ternyata memberi kesan ketagihan cukup kuat.
Bagi lulusan Ijazah Reka Bentuk Industri dari sebuah universiti awam di Selangor, nasibnya agak berbeza kerana mengalami ketagihan teruk terhadap ‘vape mushroom’, ganja dan ketum.
Titik hitam yang dilalui lelaki berusia 31 tahun itu bermula apabila dia berjinak-jinak dengan air ketum selepas terpengaruh dengan rakan sekerja semasa bertugas di sebuah kilang.
Dikenali dengan panggilan Abu, dia berkata, kebergantungannya terhadap ketum bermula semasa berumur 25 tahun dengan alasan minuman itu kononnya menjadikan tubuhnya lebih bertenaga selain menghilangkan tekanan kerja.
“Mula-mula saya hanya nak mencuba sahaja sebab ada rakan sekerja yang berbuat demikian dan bila saya sendiri minum air ketum itu, badan pula terasa ‘sedap’.
“Tapi lama-lama jadi habit pula, setiap kali masuk kerja, saya akan minum ketum dulu sebab dah macam jadi ‘booster’ buat saya andai perlu bekerja dalam jangka waktu panjang.
“Saya hanya mahukan tenaga, itu sahaja. Namun lain pula yang berlaku kepada diri saya,” katanya dalam temu bual khas di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Sungai Besi, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Cerita anak kelahiran Melaka itu, bertitik tolak dari situ, dia tidak menyangka akan terperangkap dalam jerat bahan terlarang hingga menyebabkan dirinya sukar fokus selain mudah hilang pertimbangan.
Abu mengakui, tanpa disedari, tabiat berkenaan berubah menjadi ketagihan yang sukar dikawal yang mengakibatkan dia mula mencuba dadah lain.
“Sejujurnya, beberapa kali saya cuba berhenti daripada mengambil air ketum, namun tidak boleh tahan dengan sakit badan kesan daripada pengambilan minuman tersebut.
“Bila ada kesan sampingan, saya cuba alternatif lain iaitu vape berperisa ‘mushroom’ dan ganja. Mula-mula memang boleh hilangkan kesan ketum, tetapi akhirnya saya jadi ketagih pula.
“Pada mulanya, saya ambil seminggu sekali. Lama-kelamaan, ia menjadi dua atau tiga kali seminggu. Saya cuba berhenti selama sebulan atau dua bulan, tetapi gagal.
“Masa tempoh berhenti, kadang-kadang saya rasa lemah,” ujarnya yang mengakui, dia memandang remeh ketagihan terhadap bahan-bahan itu walaupun ia bukanlah dadah berat.

Setelah enam tahun mengalami kebergantungan tinggi terhadap ketum, ‘mushroom’ dan ganja, Abu akhirnya sedar bahawa dia perlu melakukan perubahan drastik dalam hidupnya demi keluarga.
“Saya sendiri sedar saya mula berubah dan mak saya sendiri pun sudah beberapa kali beri nasihat.
“Saya insaf dan mahu mengubah nasib saya. Saya tidak mahu terus berada dalam situasi ini,” katanya dengan penuh keazaman.
Kini, Abu yang secara sukarela menjalani rawatan pemulihan di Puspen Sungai Besi mengakui pusat pemulihan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bukan sahaja membantu dirinya untuk pulih daripada ketagihan, tetapi juga memberi bimbingan dan sokongan moral untuk memulakan hidup baharu.
“Saya bersyukur kerana diberi peluang kedua dalam hidup ini. Selama sembilan bulan di Puspen, saya belajar untuk mengenal pasti punca ketagihan dan bagaimana untuk mengatasinya.
“Sokongan keluarga dan rakan-rakan juga amat bermakna dalam proses pemulihan ini,” tambah Abu.
Abu juga berharap kisah hidupnya boleh menjadi pengajaran kepada orang lain, terutama golongan muda, agar tidak terjebak dalam penagihan dadah.
“Kepada mereka yang masih terjebak, ingatlah bahawa masih ada harapan. Jangan takut untuk mencari bantuan dan mulakan langkah pertama untuk berubah,” pesannya dengan nada tegas.
Kebergantungannya terhadap ketum bermula semasa berumur 25 tahun dengan alasan minuman itu kononnya menjadikan tubuhnya lebih bertenaga selain menghilangkan tekanan kerja.
Baca artikel penuh: https://t.co/dHqsfv2IEB pic.twitter.com/QaVHEE2LSQ
— Majoriti (@majoritionline) September 3, 2024
Dengan semangat baru dan tekad yang kuat, Abu tekad untuk memulihkan dirinya sepenuhnya dan kembali menyumbang kepada masyarakat.
“Ini adalah permulaan baru bagi saya, dan saya akan pastikan tidak mengulangi kesilapan yang sama,” ujarnya mengakhiri perbualan.
Turut baca :
Leave a Reply