{VIDEO} “Motif kejadian salah faham je…” Lelaki dipukul 8 individu ketika tunggu kawan pulang sekolah

“Motif kejadian salah faham je…” Lelaki dipukul 8 individu ketika tunggu kawan pulang sekolah.

Seorang lelaki cedera selepas dipukul sekumpulan lapan individu dengan kayu di kawasan lapang Tapak Pesta, Jalan Gangsa, Batu Pahat, Johor pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 25 tahun itu pergi ke lokasi kejadian untuk menjemput rakan pulang dari sekolah.

“Semasa menunggu rakan tersebut, mangsa telah didatangi lapan lelaki yang dipercayai warga tempatan dan menyerang serta memukul mangsa menggunakan kayu.

“Mangsa berjaya melarikan diri dengan menaiki kereta dan terus ke Balai Polis Batu Pahat bagi membuat laporan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Turut baca :

Jelasnya, mangsa telah mengalami cedera di pipi, tangan, belakang dan telah menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Susulan itu katanya, seramai lima lelaki berusia 16 hingga 40-an ditahan bagi membantu siasatan.

“Semua suspek direman selama tiga hari sehingga esok dan polis kini mengesan suspek lain yang terlibat,” katanya.

Ismail berkata, motif kejadian adalah disebabkan perselisihan faham antara mangsa dan salah seorang suspek pada hari sebelum kejadian.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*