{VIDEO} Minggu lepas patah leher, hari ini patah kaki pula – “Nak menipu pun buatlah ‘homework’ sikit”

Sudah menjadi pemandangan biasa di kawasan lampu isyarat sekitar ibu negara dengan kehadiran peminta sedekah yang menjual pelbagai barangan dan dalam keadaan kurang upaya.

Keadaan itu sedikit sebanyak mendatangkan simpati krpada mereka menyaksikan perkara itu sementara menunggu di kawasan lampu isyarat.

Bagaimanapun, berlainan pula kejadiannya di Selayang apabila seorang lelaki dipercayai warga asing yang menjalankan kegiatan meminta sedekah dan berniaga barangan cenderahati di perhentian lampu trafik yang mengundang perhatian ramai.

Suspek yang kelihatan tidak terurus dan berkopiah serta bertongkat dilihat menjalankan aktiviti itu di kawasan sekitar Hospital Selayang, Selangor.

Bagi menambah rasa simpati orang ramai, lelaki itu turut dilihat mengalami kecederaan di kaki kirinya.

Situasi itu bagaimanapun menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet yang sangsi dengan pergerakan lelaki tersebut.

Ia berikutan lelaki itu masih boleh bergerak dan berpaut menggunakan kakinya yang tercedera.

Rata-rata warganet mengecam perbuatan lelaki terbabit yang dianggap cuba menipu orang ramai.

“Nak menipu pun buatlah ‘homework’ sikit. Orang sekarang dah pandai nak menilai sama ada menipu atau betul-betul sakit,” kata Damien Mikail.

“Selalu jalan area sini tapi sebelum ni dia pakai pembalut leher. Kali ni sakit kaki pulak siap bertongkat pulak,” kata Saufi Hassan.

“Tak tahulah nak kasihan ke nak marah sebab selalu sangat rasa tertipu dengan orang macam ni. Senang sangat huat kerja. Kalau dia dpt RM1 dari 200 kereta pun gaji dia dah lebih dari aku,” kata Muhammad Mizal.

Perkara ini bagaimanapun masih berleluasa di kawasan sibuk tanpa sebarang tindakan tegas daripada pihak berkuasa.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*