{VIDEO} Meraung, menangis melihat jenazah keluarga

 

Suasana pilu menyelubungi pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) apabila seorang wanita meraung dan menangis selepas melihat jenazah keluarganya yang maut dalam kemalangan di Kilometer (km) 277.1 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), dekat sini, petang semalam.

Difahamkan, wanita terbabit dipercayai anak kepada pasangan suami isteri yang terkorban dalam tragedi itu bersama dua lagi adik-beradiknya.

Seorang lagi dipercayai anak lelaki pasangan suami isteri itu belum tiba, namun beberapa ahli keluarga mangsa sudah menunggu di pekarangan di hospital berkenaan sejak 7 petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang tadi, empat maut dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di lokasi kejadian.

Empat mangsa iaitu seorang lelaki dan tiga wanita disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan.

Harian Metro difahamkan, mereka yang terkorban dalam kemalangan itu ialah Rahim Ramli, 60, Siti Petimah Omar, 59, Nor Hadirah Rahim, 28, dan Nor Hamizah Rahim, 27.

Kesemua mangsa yang berasal dari Sungai Petani, Kedah itu dijangka dikebumikan di Permatang Pauh selepas tuntutan jenazah selesai.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*