{VIDEO} Menari ketika wanita sedang sakit bersalin, bidan dikecam sakan

Menari ketika wanita sedang sakit bersalin, bidan dikecam sakan.

Baru-baru ini, tular di media sosial akan video dari negara jiran yang memaparkan pengamal perubatan sedang sakan berjoget ketika seorang wanita sedang bertarung nyawa mahu bersalin.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Instagram Fakta.Indo itu dapat dilihat tiga orang pengamal perubatan sedang menari di hadapan pesakit yang terbaring sambil menunggu air ketubannya pecah.

Katanya, wanita hamil berkenaan tidak boleh dipegang pada ketika itu sekaligus menyatakan bahawa video berkenaan bertujuan memberi pendidikan kepada orang ramai.

“Ia, benar. Video tular di laman TikTok dibuat semasa menunggu air ketuban pesakit pecah. Niat kami hanya untuk menghiburkan pesakit sahaja,” jelas Agustini.

Agustini berkata lagi, mereka sudah meminta izin dengan suami dan keluarga pesakit sebelum merakam video itu.

“Saya sudah meminta izin dengan suami dan keluarganya. Pesakit pun terkejut video tersebut boleh tular, padahal dia sendiri rasa terhibur,” ujarnya lagi.

{VIDEO} Menari ketika wanita sedang sakit bersalin, bidan dikecam sakan

Pada masa yang sama, Agustini mengatakan pesakit sudah dua kali melahirkan anak di sana.

Sehubungan itu, rata-rata warganet mengecam akan tindakan pengalam perubatan berkenaan yang berpendapat bahawa tindakan itu tidak berperikemanusiaan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*