{VIDEO} Memiliki harta curi : Bekas pemain Liga Super dijatuhi hukuman penjara 15 bulan

Bekas pemain Liga Super Malaysia didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan pilihan memiliki harta curi pada Mei dan Julai lalu.

Mohd Azinee Taib, 33, yang berhadapan dua pertuduhan pilihan terlebih dahulu mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Dia dijatuhi hukuman penjara 28 bulan bagi kedua-dua pertuduhan itu, kemudiannya diiringi dua kakitangan penjara Sungai Udang menggunakan laluan khas.

Bagi pertuduhan pilihan pertama, Mohd Azinee didakwa menyimpan harta curi iaitu jam tangan berjenama milik Ker Zhi Zin, 17, dan beg tangan kepunyaan Ho Shin Fun, 50, di dua lokasi iaitu jeti nelayan Ayer Baloi, Pontian dan Forest City Country Garden, Gelang Patah pada jam 4.30 petang, 3 Julai lalu.

Mohd Azinee didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan pilihan kedua pula, dia didakwa memiliki dompet dan beg tangan berjenaman kepunyaan Toh Lai Siang, 53, yang mana diketahui hasil curi dan didakwa mengikut seksyen sama.

Mengikut fakta kes, Mohd Azinee ditahan pada 3 Julai lalu selepas memecah masuk sebuah rumah di Taman Bakri Muar di sini.

Kejadian disedari adik pengadu pada jam 12 tengah hari, 30 Mei lalu apabila mendapati rumah berselerak manakala beberapa barangan berharga hilang.

Selain itu, kejadian sama juga berlaku pada jam 11 pagi, 17 Jun lalu, apabila sebuah rumah di Taman Cahaya Melati, Parit Jawa dalam daerah ini diumpil menyebabkan barangan berharga serta wang tunai RM10,000 hilang.

Pada hari dia ditahan, Mohd Azinee dibawa di kedua-dua lokasi terbabit dan polis akhirnya menemui beberapa barangan disyaki dicuri.

Selepas mempertimbangkan hujahan dan rayuan kedua-dua belah pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan bagi pertuduhan pertama dan 15 bulan untuk pertuduhan kedua.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan semua hukuman dijalankan serentak bermula dari tarikh sabitan iaitu hari ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*