{VIDEO} Mayat lelaki warga Korea Selatan disimen dalam tong ditemui

Tong itu berjaya ditemui sekumpulan penyelam yang menyelam di dasar takungan tersebut

SEORANG lelaki yang didakwa terlibat dalam kes pembunuhan seorang pelancong warga Korea Selatan di Pattaya, Thailand ditahan pada Ahad.

Menurut Agensi Polis Wilayah Gyeongnam, penahanan tersebut dibuat di Jeolla Utara, sebuah wilayah yang terletak di barat Korea Selatan.

Jelasnya, lelaki berusia sekitar 20-an itu merupakan seorang daripada tiga suspek yang didakwa menculik dan membunuh mangsa yang berusia 34 tahun di Pattaya, Thailand, pada awal Mei lalu.

“Suspek ditahan di kediamannya di Jeolla Utara pada pukul 7.46 malam, selepas polis mendapati dia telah kembali ke Korea pada Khamis.

“Dia dibawa ke Balai Polis Wilayah Gyeongnam di Gyeongsang Selatan sejurus selepas ditangkap,” katanya pada Isnin.

Media sebelum ini melaporkan penemuan mayat seorang lelaki warga Korea Selatan disimen dan ditemui dibuang di dalam takungan di Pattaya pada Sabtu.

Tong itu berjaya ditemui sekumpulan penyelam yang menyelam di dasar takungan tersebut.

Mangsa disyaki sebagai Roh Eui Jong, 34, dilaporkan hilang sejak 3 Mei lalu apabila didakwa dilarikan tiga warga Korea.

Polis bagaimanapun masih dalam usaha mengesahkan identiti mangsa.

Sumber polis memaklumkan, ketiga-tiga suspek telah pun meninggalkan Thailand.

“Salah seorang daripada mereka pulang ke Korea Selatan, manakala dua lagi suspek disyaki menyeberang secara haram masing-masing ke Myanmar dan Kemboja,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*